1 Nov 2012

4 Golongan Manusia

                 Dalam dunia nie manusia tergolong  dalam 4 golongan manusia iaitu:

            i)                    Orang yang bahagia di dunia TAPI celaka di akhirat;
            ii)                   Orang yang celaka di dunia NAMUN bahagia di akhirat;
            iii)                 Orang yang celaka di dunia DAN celaka di akhirat;
            iv)                 Orang yang bahagia di dunia DAN bahagia di akhirat.





i)                    Orang yang bahagia di dunia TAPI celaka di akhirat
-          Orang macam nie banyak kita boleh jumpa dalam kehidupan kita sehari-hari nie.. Di dunia dia seorang yang kaya raya, ada rumah besar/ mewah, kereta besar/ mewah, isteri yang cantik/ suami yang handsome.. Akan tetapi akibat kekayaan itu dia lupa untuk beribadah kepada ALLAH & seterusnya menjadi manusia yang sombong.. Sepatutnya kita tak boleh sombongkan diri dengan ALLAH kerana apa yang kita ada/ miliki adalah dari ALLAH juga.. So orang yang terlalu mencitai dunia kelak akan celaka di akhirat..

ii)                  Orang yang celaka di dunia NAMUN bahagia di akhirat
-          Celaka = miskin di dunia & hidup dalam serba kekurangan tetapi kemiskinan itu tidak membuatkan dia lupa kepada ALLAH & sentiasa menolong orang yang di dalam kesusahan, suka mengeratkn silatulrahim, kerana dia tahu bahawa setiap manusia yang hidup di dunia ini adalah dicipta untuk beribadah kepada ALLAH..

iii)                Orang yang celaka di dunia DAN celaka di akhirat
-          Golongan ini adalah golongan yang tak boleh fikir mengenai sesuatu.. walaupun sudah miskin di dunia, rumah sewa, kerja pn tak ada, boleh dikatakan serba serbi kurang.. Tetapi dia tidak mahu beribadat kpd ALLAH, sebaliknya kerjanya hanya mabuk, main dengan perempuan sana sini, tidak pernah mengerjakan solat fardu & hal-hal yang dilarang dalam agama.. Orang seperti ini banyak yang kita boleh jumpa di sekeliling kita & kebanyakan mereka ini sombong.. Kalau orang kaya & sombong boleh lagi terima, tapi ini lain pulak.. Dan mereka inilah golongan yang celaka di dunia & akhirat, semoga kita tidak termasuk di dalam golongan tersebut..

iv)                Orang yang bahagia di dunia DAN bahagia di akhirat
-          Manusia di dalam golongan ini adalah menjadi impian bagi setiap insan di dunia ini.. Ketika di dunia, dia mempunyai banyak harta, hidup dalam keadaan yang serba mencukupi, keluarga yang bahagia serta mempunyai anak-anak yang soleh/ solehah.. Walaupun demikian dia tidak lupa untuk sentiasa beribadah kepada ALLAH, sentiasa melakukan kebaikan seperti memberi sedekah jariah kepada fakir miskin & anak-anak yatim serta mereka yang memerlukan.. Orang seperti inilah yang akan menjadi penghuni syurga ALLAH kelak.. Semoga kita semua boleh menjadi manusia seperti ini & seterusnya tergolong di dalam golongan yang terakhir ini, iaitu:
‘BAHAGIA DI DUNIA & AKHIRAT’

No comments:

Post a Comment