19 Dec 2012

RAHSIA PERNIAGAAN WAKTU PAGI..

Seperti yang kita semua tahu waktu pagi adalah waktu yang paling efektif bagi mental & fizikal kita selepas berehat pada waktu malam.. orang² yang berjaya kebanyakannya bangun pagi & memulakan pekerjaan di awal pagi.. sekiranya kita berniaga, maka kita perlulah memulakan aktiviti perniagaan kita di awal pagi!

Semua manusia mempunyai had dari segi tenaga masing².. setiap kali selepas mendapat rehat yang secukupnya di waktu malam, tenaga dalam diri kita akan berada di tahap yang terbaik.. penyelidikan juga ada menyebut, waktu malam ketika kita tidur adalah waktu bagi sistem badan kita memperbaiki diri.. ada juga penyelidikan yang mengatakan bahawa ketika kita tidur, ia member peluang kepada minda kita untuk menyusun semula segala pemikiran kita di bawah sedar..

Apa² pun, rehat yang secukupnya di waktu malam akan memberikan minda kita peluang untuk mempelajari lebih banyak perkara² baru pada keesokan harinya.. tanpa rehat yang secukupnya kita hanya umpama kereta yang perlu ditukarkan minyak pelincirnya!





Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti 80%. waktu pagi adalah waktu yang terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi - beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari.

Waktu ini juga adalah waktu terbaik untuk mendapat idea-idea baik untuk perniagaan kita. Salah satu teknik minda yang boleh kita amalkan adalah untuk merancang hari esok sebelum tidur. Ertinya, segala niat dan perancangan, di fikirkan sebelum melelapkan mata, dan apa akan jadi adalah ketika tidur, minda separuh sedar akan berfungsi untuk mencari jalan mencapai matlamat yang difikirkan itu.

Ikon-ikon usahawan seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey dan ramai lagi, mengatakan bahawa antara rahsia kejayaan adalah bangun awal pagi dan mulakan aktiviti untuk perniagaan di awal pagi. Sebenarnya, kita tidak perlu melihat ikon barat mengenai rahsia berpagi-pagi ini. Hadis telah sedia menyebut:

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbenam matahari" (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Tidak dinafikan, bagi kebanyakan usahawan dan orang yang berjaya, kesemuanya mempunyai tabiat bangun awal dan mulakan kerja di awal hari. Terlalu banyak rahsia pagi yang belum disingkapkan oleh manusia, namun, apa yang pasti, sekiranya kita mengamalkan memulakan kerja kita di awal pagi, selepas rehat yang secukupnya, kita akan dapat merasa tenaga, momentum dan motivasi yang amat luar biasa setiap hari!




No comments:

Post a Comment