15 Feb 2013

Puasa Sunat in 2013..

Rasanya macam dah lama tak update blog ni.. Since kita still lagi di awal-awal tahun, just nak share dengan kawan semua.. Jom la kita sama-sama perbanyakkan amalan sunat seperti puasa sunat nie, tak buat tak dapat apa-apa tapi kalau kita buat kita dapat pahala kn.. InshaaALLAH, semoga amalan kita diterima olehNya..




Puasa, iaitu mulai dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari merupakan satu cara diet yang sihat.. Sewaktu kita menahan diri dari tak makan & tak minum (puasa), sistem dalaman kita boleh berehat juga sebab hari-hari biasa bila kita makan terlalu banyak/ overload mesti ada rasa mengah/ semput kan.. Selain tu kita juga digalakkan supaya menahan diri dari melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa kita & juga menahan diri dari menipu, cakap sesuatu yang sia-sia, bergaduh.. Sebaliknya ia memupuk kita supaya menjadi lebih bersabar, tenang serta bertolak ansur..

Semoga segala amalan & kerja yang kita lakukan mendapat restu & redha dari ALLAH S.W.T..

InshaaALLAH..

Amin..

No comments:

Post a Comment