2 Apr 2013

Specially For You!!

Hari ini sue nk share pasal kawan office sue.. Actually dia adalah kakak & mak kat office because kalau ikut umur sue & 2 lagi kawan paling muda kat office tu..

Orang yang sue maksudkan adalah Kak Rafeah Dayat atau nama panggilannya Kak Peah.. Dia seorang yang sangat lembut & baik hati.. Walaupun sue baru setahun kat office tu tapi semua layan sue baik sangat.. Yela, sue pun memang tak ada kakak kan, so sesiapa yang lebih tua dari sue memang kakak sue la.. Even bukan kakak kandung kan tapi still..

Actually apa yang sue nak share kat sini bukan lah detail pasal kak peah tapi just nak share sebab sekarang ni kak peah tengah warded & keadaan dia sangat-sangat sedih rasanya masa tengok tadi..

Pada 28hb Februari 2013 kak peah & abang rauf (suami) akan berangkat untuk menunaikan umrah.. Sebelum ni kak peah tak pernah batuk teruk pun tapi beberapa minggu sebelum berangkat kak peah selalu sangat batuk-batuk & sakit dada, macam susah nak bernafas.. Bila pergi klinik check doktor cakap tiada apa-apa pun cuma tulang bergesel kot kalau tak silap sue.. Memandangkan keadaan kak peah macam tak berapa sihat & tak larat abang rauf cakap tak payah pergi la sebab nanti kesian dekat kak peah tapi kak peah nak pergi jugak so berangkat juga la mereka ke tanah suci...

Apa yang sue dengar masa kat tanah suci pun kak peah memang tak larat, kesian dia.. Batuk-batuk memang tak berhenti la.. Tapi apa-apa pun alhamdulillah sebab mereka semua selamat pergi & selamat balik dari menunaikan ibadah umrah di sana..

Tapi batuk kak peah still lagi tak berhenti.. Kawan-kawan semua suruh kak peah pergi ke hospital & kak peah pergi ke DEMC (Darul Ehsan Medical Centre) di Shah Alam.. Then kawan-kawan cakap lagi kalau doktor nak tahan untuk masuk wad just masuk jela sebab kesian batuk tak baik-baik lagi..

So kak peah pun warded la on 13/3/2013, balik-balik umrah terus warded.. Kesian sangat tapi takpe la, at least boleh berehat & tak payah kerja tapi kak peah ni macam workaholic juga la.. Sebabnya masa kami semua pergi melawat dia still tanya pasal kerja lagi, kak peah kak peah.. Malam lepas kak peah warded tu kak ita & kak zara pergi melawat sebab ramai yang dekat & stay kat shah alam juga..


Ni picture kak zara ambil masa pergi melawat malam tu..

Ni pula picture masa kami pergi melawat ramai-ramai..

Memang boleh nampak dari raut wajah kak peah yang dia memang tak sihat & tak larat sebab batuk-batuk je kan.. Tapi yang cantiknya picture ni semuanya pakai warna yang seakan-akan, macam berpakat pulak kan.. Hee..

Sepanjang kak peah warded kat DEMC doktor sahkan kak peah ada masalah paru-paru & doktor beritahu yang dia kena refer kak peah ke HUKM sebab ada pakar..

So on 19/32013 (rabu) kak peah dirujuk ke HUKM & sehingga sekarang kak peah still lagi kat HUKM.. Pada hari jumaat kami semua pergi lagi melawat kak peah & abang rauf beritahu yang kak peah tiada selera makan langsung.. So bila kami dah ramai-ramai pergi melawat so suapkan lah kak peah, boleh la.. Dia makan la juga walaupun tak banyak.. Tapi tak lama selepas tu kak peah muntah. Rupanya sebelum-sebelum tu pun memang keluar balik setiap kali kak peah makan so memang lembik la badan kan.. Kesian sangat..

Keesokan harinya, hari sabtu sue pergi melawat kak peah dengan family & bawa barang-barang yang kawan-kawan kirim sebab sue duduk dekat je dengan HUKM ni, bandar tun razak.. Naik basikal pun lepas kot kalau dari rumah, hahahahah.. Masa tu ada saudara-mara kak peah melawat so sue pun tak lama la memandangkan hari pun dekat nak maghrib masa tu..

But last night kami terima group whatsapp dari kak imah yang mengatakan keadaan kak peah tak stabil & doktor dah beri alat bantuan pernafasan.. So siang tadi kami dah sepakat ramai-ramai nak pergi melawat kak peah kat HUKM from shah alam.. Sedih sangat tengok keadaan kak peah tadi.. Apa yang boleh sue katakan sue sedih tengok kak peah dalam keadaan yang macam tu sebab selama ni dia sihat je kan..



Ni picture latest kak peah masa kami pergi melawat tadi.. Ramai sangat kawan-kawan kak peah yang pergi melawat tadi.. Kesian tengok abang rauf, semua cakap dia makin susut sebab dia pun tak lalu nak makan kan memikirkan keadaan isteri tersayang..

Kak peah, sue doakan semoga kak peah diberi kesihatan yang baik & beransur pulih seperti biasa.. Dapat keluar dari hospital & balik rumah, dapat pergi office & dapat lepak-lepak dengan kawan-kawan lagi macam sebelum-sebelum ni kan.. Kak peah sihat cepat yek, semua kawan-kawan kak peah doakan kesihatan & kesejahteraan kak peah tau.. Kawan-kawan kat office pun semuanya rindukan kak peah..

Ya ALLAH, sembuhkanlah kak peah Ya ALLAH.. Dan kuatkanlah kak peah untuk menghadapi segala dugaan dariMu Ya ALLAH..

Amin Ya Rabbal 'Alamin..

No comments:

Post a Comment